Wednesday, 8 April 2015

Performance Drink Minuman Isotonik

Kita sering dimomokkan dengan minuman isotonik adalah minuman yang berkarbonat, bergas dan mengandungi gula berlebihan.

Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula.


Performance Drink membantu mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak. 

Kelebihan Performance Drink

Sangat banyak jika dibandingkan dengan minuman isotonik biasa. Antara kelebihannya adalah:
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula
  • Tidak mengandungi lemak
  • Tidak mengandungi kolestrol
  • Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
  • Dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus. 
  • Membantu mengatasi masalah dahaga (sesuai sangat utk minum ketika bersahur di bulan puasa)
  • Bersifat isotonik . Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada di dalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah. Kesannya? Tubuh lebih bertenaga dan cergas!



Siapa yang perlu mengambil Performance Drink Shaklee

Para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, cirit birit, tiada selera makan, mereka yang rendah paras gula, untuk anak-anak yang sedang bersekolah dan aktif bersukan, ibu yang menyusukan anak, mereka yang kurang minum air, mereka yang kerap sakit kepala, mereka yang kurang sihat (demam, selsema dsb) dan mereka yang gemar minuman isotonik (altenatif yang lebih sihat)

AMARAN: Performance Drink tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun

Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.






Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja






Tuesday, 7 April 2015

Rawat hati dengan DTX Shaklee

Kisah ini saya kongsikan daripada seorang penulis yang menceritakan tentang masalah hati iaitu hepatits B yang dihidap oleh suami kakaknya.
"Malam semakin larut, hujan turun dengan lebatnya. Fikiran aku melayang ke kampung halaman, teringatkan ibuku yang sudah tua, rindu sebenarnya dengan ibu.

Aku juga teringat luahan hati kakak aku, yang suaminya sebenarnya sakit, suami ada hepatitis. Abang ipar aku mempunyai darah jenis ‘O’ dan dia sering menjadi penderma darah kepada pesakit di daerah kelahiranku.

Selama ini, kakak aku tidak tahu suami ada hepatitis, sehinggalah suatu hari dia ingin mendermah darah namun pengsan di hospital. Selepas mendapatkan rawatan dan ujian darah, doktor mendapati dia menghidap hepatitis B.

Muka abang ipar aku pucat, badannya kurus dan dia kelihatan tidak bermaya. Dia juga sering mendapat serangan demam yang teruk. Akibat daripada penyakit ini, dua orang anaknya mengalami kecatatan kelamin. Kedua-dua anak buah aku ini lelaki. Comel dan hensom pula mereka ini.

Anak yang keempat mempunyai telur yang tidak normal, lelaki normal mempunyai dua telur, doktor mengesahkan anak mereka mempunyai sebiji telur sahaja. Manakala anaknya yang ke lima agak sukar membuang air kecil, dan zakar tidak tegang seperti anak lelaki normal." 

Hepatitis B

Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 

Hati manusia

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.

Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.




Bagaimana merawat penyakit Hati?

Disebabkan oleh gaya kehidupan dan persekitaran yang tidak sihat, hati kita pun turut terkena tempiasnya. Dengan shaklee, selain daripada membantu kita menjaga kesihatan jantung, mata, tulang dan kulit, DTX Complex dihasilkan secara khusus untuk menjaga kesihatan dan membersihkan hati kita. Dengan erti kata lain ia membantu untuk proses detoksifikasi hati.


Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia. Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toksin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan

Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.



Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang : 

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja







Monday, 6 April 2015

Susah ke berniaga Shaklee?

Memang diakui kehidupan di bandar besar terutama di KL Megapolitan ini sangat mencabar. Semuanya kena ada duit. Nak masuk toilet pon kena bayar duit. Kos hidup di sini memang besar walaupun keluarga belum lagi sebesar mana. Betul tak?

“Kan best kalau duduk rumah tapi boleh jana income. Tapi saya takut. Takut tak berjaya, takut nak promosi produk, takut gagal”

“Saya berminat nak jadi seperti puan, duduk rumah tapi boleh jana income. Tapi saya tak berani la. Takut tak ada customer.Susah ke nak berniaga Shaklee?

“Kalau masih bekerja macam mana nak belajar tentang produk? Tak de masa la. Balik kerja pon dah penat. Nak layan anak dan suami lagi.

“Saya nak sangat buat bisnes, nak dapat side income, tapi saya takut rejection. Tak tahu nak promosi produk.

Itu antara soalan glamour bakal usahawan Shaklee yang sering dilontarkan dan bermain-main di fikiran mereka.

Persoalannya: Susah ke Berniaga Shaklee?
Jawapannya senang sahaja.


Semua benda baru memang susah pada permulaan. Tak ada yang senang. Sebabnya? Kita perlu belajar banyak benda baru yang kita tak pernah tau dan tak pernah dengar. Kita kena belajar tentang produk, marketing, psikologi pembeli, teknik closing dan lain-lain.

Langkah untuk berjaya dengan Shaklee adalah semudah ABCDE .

Apa tu ABCDE???

A - Ahli :- Daftar ahli serendah RM75/RM85 termasuk postage memberkit. Ada yang percuma juga tau. Lagi satu, yang pengamal setia Shaklee bagus register ahli. Dapat kumpul point sendiri.

B - Beli :- Dah jadi ahli, boleh beli produk dengan harga ahli. Harga ahli adalah diskaun 15%-20% daripada harga runcit

C - Cerita :- Setelah dafta ahli dan dah beli, kalau rasa nak dapatkan cash bonus , kena la cerita tentang kebaikan Shaklee kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

D- Duplikasi :- Duplikasi maksudnya tiru je upline buat apa untuk berjaya dalam Shaklee. Lepas tu, duplikasi perkara yang sama dengan downline sendiri. Bukan susah pun, duplikasi je. Rajin post FB dan blog.

E - Etika : - Etika berniaga kena jaga. Sekarang, Shaklee dah tetapkan harga ahli hanya untuk ahli, dan bukan ahli kena beli dengan harga runcit. Jadi, kita sebagai pengedar hendaklah mematuhi etika ini.



Apa kelebihan mendaftar ahli dengan group saya?

Kami akan memberi anda ACCESS ke dalam FB TERTUTUP BISNES kami dan hanya ahli sahaja yang boleh masuk ke group ini. 

Dalam Group ini, anda akan diajar dan didedahkan CARA MARKETING ONLINE, RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES ONLINE, INFO DAN CARA PENGAMBILAN PRODUK, ASPEK TEKNIKAL DALAM MENGENDALIKAN BLOG DAN FB serta banyak lagi.

Pastikan anda menyertai kumpulan kami untuk menjana pendapatan diidamkan!

Nak tahu lebih lanjut?Kena la berhubung dengan saya terus.

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ






















Sunday, 5 April 2015

Susu berkualiti dan penyusuan

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. 
Faedah dan kelebihan penyusuan badan oleh ibu:
  • Ia cara yang istimewa bagi anda untuk rapat dan mesra dengannya
  • Memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 
  • Membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga. 
  • Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. 
  • Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya. 
  • Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar. 
  • Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis. 
  • Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda.


Penyusuan berkualiti
“Apakah produk untuk tambah susu badan? susu saya sikitlaa… baby tak kenyang, asyik nangis jer. Bila bagi susu, baby minum tergopoh gapah, breast saya pun ringan jer, kempis dan sampai sakit puting saya sebab baby duk ngempeng je!”
“Ada tak produk tambah susu badan?”

Inilah soalan yang sering ibu-ibu ajukan kepada saya.

Wahai ibu-ibu, sebenarnya TIDAK ada produk atau ubat yang boleh memperbanyakkan susu badan!
Konsep asas dalam menjayakan penyusuan ialah DEMAND AND SUPPLY!

Jangan mengharap dengan hanya makan milk booster susu akan melimpah ruah tanpa mengepam dengan konsisten. Sungguh salah sekali tanggapan itu. Makanlah milk booster terbaik di dunia ini sekali pun tapi ibu-ibu hanya pam sekali sahaja di opis memang tak kan ada hasilnya. Ini bermakna ibu-ibu tidak faham konsep asas penyusuan dan ibu-ibu tidak ada ilmu penyusuan sebenarnya.


Konsep penyusuan sebenar
  1. Supply berkadar langsung dengan demand. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan
  2. Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu
  3. Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)
  4. Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal2 menyusukan bayi/pam dengan kerap
  5. Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan
Kesilapan dalam penyusuan

Menunggu payu dara penuh.
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

Kerap stress
Kebanyakan ibu menyusu akan berasa cepat letih, tidak terurus, stress & macam-macam lagi yang menyumbang kepada amalan kehidupan yg tidak sihat & menjurus kepada penghasilan susu yg kurang seperti tidak menjaga makan, jadual makan yg tidak teratur. & makan ikut sedap sahaja.Ibu pula tak cukup rehat kerana menjaga bayi kecil semestinya tidak mempunyai banyak masa untuk berehat. 

Oleh sebab itulah disarankan ibu-ibu yang menyusu untuk mengambil set penyusuan shaklee untuk meyokong kesihatan ibu secara menyeluruh untuk berjuang dalam melaksanakan penyusuan yang berkualiti. Set penyusuan shaklee mengandungi 3 VITAMIN & MINERAL ASAS & 1 MILK BOOSTER untuk khasiat sepenuhnye buat ibu


ESP
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Memekatkan susu ibu
  • Sebagai milk booster
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.

Vitalea
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu badan menyerap vitamin dengan mudah
Ostematrix
  • Membekal kalsium yang hilang dalam badan ibu akibat penghasilan susu
Bcomplex
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk menampung nutrien dalam badan
Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-oksidan
  • Meningkatkan sistem imunisasi ibu
Alfafa
  • Raja segala tumbuhan
  • Membantu menyahtoksin dalam badan
  • Penggalak susu


Testimoni set menyusu shaklee








Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja




Saturday, 4 April 2015

Vitalea Shaklee Multivitamin Terbaik Anda

Tahukah anda pengasas Shaklee iaitu Dr Forest Shaklee adalah orang yang pertama menghasilkan multivitamin. Malah beliau lah yang mewujudkan perkataan multivitamin. Maka tidak hairanlah Vitalea Shaklee adalah multivitamin terbaik di dunia kerana dihasilkan oleh orang pertama yang menemukan multivitamin kan, dan bonusnya Dr. Mahathir Mohamad sendiri amalkan Vitalea Shaklee tau.. haa orang hebat mestilah amalkan yang hebat kan.. jadi anda bagaimana?

Asalnya dikenali sebagai ‘Vitalize-Mineral’ dan disingkatkan sebutan kepada ‘Vitamin’, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Tablet Vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Expo-tab”. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil



Kebaikan Vitalea
1) Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga,kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu sistem memori dan fokus dlm aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
2) Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai Vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya yg mengamalkan sayuran(vegetarian) dan anemia
3) Keupayaan Sistem Produktif - Penting kpd kanak-kanak dan remaja yg sedang membesar
4) Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan
5) Elemen penting pada sel tubuh - Membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiriod
6) Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati


Siapa Yang Memerlukan Multivitamin
- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin

Haaa banyakkan keistimewaan Vitalea Shaklee ni.. walaupun hanya sekadar 1 tablet sehari. Jom tengok apa komen mereka yang dah amalkan.

Testimoni 
Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Dan banyak lagi testimoni vitalea yang akan saya kongsikan bersama anda selepas ini. 

Apakah rekomendasi yang disarankan untuk anda?
Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan)
Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan)
Untuk ibu mengandung/berpantang/menyusukan bayi : sebiji sehari (selepas sarapan)


Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja







Friday, 3 April 2015

Sakit sendi dan sakit tulang

Pernah tak kita terasa apabila berjalan tulang-tulang di bahagian lutut berlaga dan berbunyi, tidak dapat berdiri dengan lama kerana lenguh lutut, sakit pinggang yang teramat jika duduk terlalu lama serta tidak dapat bongkok dan melutut untuk melakukan tugasan harian? Jika ya, itu adalah sebahagian daripada tanda tulang semakin rapuh dan berkemungkinan mengidap sakit sendi, dalam bahasa perubatan ialah sakit arthritis.

Sebenarnya, bila usia kita mencecah usia 30-an, tulang tulang kita sudah mula kehilangan kepadatan dan kepaduannya. Seiring dengan badan juga makin berkurang menghasilkan kolagen, maka tulang kita juga menjadi semakin kurang sihat.



Walaupun ramai yang menganggap sakit lutut, sendi dan tulang ini sinonim dengan golongan warga emas, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalami kesakitan pada lutut, sendi dan tulang ini. Mereka yang aktif bersukan seperti pemain bola, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit lutut, sendi ataupun tulang ini pada bila-bila masa.

Zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan sendi yang sihat ialah:
Glukosamina - Bagi membina semula tulang rawan dan bendalir sinovia yang semakin berkurangan
Vitamin C - Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang.
Omega-3 - Bagi mengurangkan keradangan/inflamasi dalam sendi
Kalsium dan mineral - Bagi menjamin kekuatan dan kesihatan tulang.




Set Kesihatan Sendi Shaklee

Sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplemen iaitu, Ostematrix, Advanced Joint Health Tablet, dan Omega Guard


Ostematrix -  Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Advanced Joint Health Tablet - memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Omega Guard - adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, sakit lutut, sendi dan tulang anda akan berkurangan dan anda akan lebih bebas untuk bergerak. Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang... kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

Testimoni Set Sendi Shaklee

Testimoni 1
"Alhamdulillah.., tadi dapat feed back dr customer.. Lepas bersalin dia ada radang sendi.., n alhamdulillah after amik JHT ni seminggu dah tak de dah radang sendi..,sebelum ni dia kena amik ubat kat farmasi sentiasa"



Testimoni 2
" Salam...

Testimoni Mak sendiri ~ Adv Joint Health, Osteomatrix, omega guard

Sejak kebelakangan mak sering mengadu sakit sendi & tulang punggung sehingga dia sukar untuk tido mlm, terutama bila setiap kali bangun dari duduk. Lutut pun rasa cam mencucuk2.. Selepas 4 hari konsisten makan Adv. Joint health 2 bj + Osteomatrix 2bj & Omega Guard 1bj, mak kata....

"... Alhamdulillah la, mak rasa lega skit selepas mkn vitamin shaklee tu, mak dh boleh tido mlm xde dh rasa sakit kt punngung ni, bila bangun dari duduk pun dh xsakit lg, nak solat pun mudah... lutut pun tak rasa mencucuk sangat.. ada kurang laa..."

Alhamdulillah syukur ya Allah. Engkau berikanlah kesihatan yg terbaik buat ibubapa ku semoga mereka mudah utk beribadat kepadamu... amin."




Testimoni 3
"Penangan AJHT,ayah terus nak jadi ahli...nak jual sekampung katanya..hahaha...berpuluh tahun dia merana sakit belakang,lepas 3 hari amek. Alhamdulillah ok..selamba je angkat tong gas hari raya hari tu...kalo tak mesti asek pegang pinggang je angkat berat"




Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja






Thursday, 2 April 2015

GLA complex dan masalah wanita

Perhatian untuk semua wanita di luar sana.

Pernah alami masalah sebegini?

Haid tidak teratur?
Sukar hamil?
Ada cysts atau fibroid?
Berisiko kanser?
Kulit kusam, berjeragat atau tona kulit tidak sekata
PMS?
Menopuse?

Ini semua masalah biasa yang dialami oleh kaum wanita kan. Tapi tahukah anda untuk mengatasi semua masalah ini hanya perlukan satu sahaja.


Biasa dengar Shaklee GLA Complex tak? Kita biasa dengar EPO kan? Gla ni sebenarnya ala-ala EPO (Evening PRIMROSE OIL) tapi produk keluaran Shaklee. Kelebihan Shaklee semestinya supplemen yang tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

GLA Complex Shaklee adalah antara vitamin yang menjadi kesukaan ramai wanita baik anak dara, yang dah berkahwin mahupun warga emas. Boleh dikatakan mereka amat sukakannya sehingga menjadi salah satu supplemen wajib makan setiap hari.

Ianya digabungkan dengan minyak sunflower & vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Kebaikan GLA Complex



Menstabilkan kitaran haid
Fungsi utama GLA adalah untuk menstabilkan hormon. Kitaran haid yang tidak teratur adalah salah satu kesan akibat hormon yang tidak stabil. Kesan langsung daripada itu adalah berlakunya masalah kesuburan, dan sukar untuk merancang kehamilan.


Membantu menambahkan kesuburan
GLA adalah merupakan antara Top Vitamin untuk kesuburan. Ramai isteri yang merancang untuk hamil menggunakan GLA sebagai supplemen tambahan untuk menambahkan kesuburan. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tidak cukup subur, Ada wanita langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur.Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai mukus serviks. Mukus serviks berbentuk putih telur (egg white cervical mucus)"dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio.


GLA mengecilkan cyst
GLA juga mengandungi antioksidan melalui kandungan Vitamin E yang terdapat di dalamnya. Oksidan menghalang sebarang pembentukan sel yang tidak sihat dan meningkatkan sistem imun badan. Antara faktor penyebab cyst adalah hormon tidak stabil, genetik dan diet yang kurang sihat. GLA membantu menstabilkan hormon dan mengelakkan cyst membesar sehingga pecah dan menyebabkan pendarahan yang teruk.


Membantu dalam memudarkan dan menghilangkan jeragat dan kulit kusam
Antara faktor jeragat adalah termasuk hormon yang tidak stabil dan terlalu banyak aktiviti luar yang mendedahkan kulit terhadap cahaya matahari. GLA mengandungi vitamin E yang membantu dalam memudarkan parut dan buat kulit lebih berseri dan cerah sekata serta memperbaiki tekstur kulit. 


Melegakan simptom PMS dan senggugut
Kandungan GLA yang terdiri daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E berfungsi untuk melegakan kesakitan semasa datang haid, tidak kira sakit senggugut teruk ataupun sekadar lenguh-lenguh pinggang. 

Jom baca testimoni pengguna GLA 

GLA atasi masalah kulit bersisik

GLA membantu menambahkan kesuburan

GLA membantu mengecilkan cyst

Harga bagi 1 botol GLA yang mengandungi 60 biji tidak sampai RM100. Jika anda tersenarai dalam masalah yang telah dihurai di atas, pastinya pelaburan yang kurang dari RM100 boleh menyelamatkan duit poket dari mengalir lebih banyak untuk mencari penawar sengugut, jeragat, haid tak stabil, masalh kesuburan dan cyst di kemudian hari. Pilih pencegahan adalah jauh lebh baik dan berkesan daripada pilih untuk mengubati. Tangguh untuk membeli juga tidak harus dilakukan kerana masalah tersebut tetap akan berlaku dan menghantui diri anda. Jadi bertindak segera untuk merasa kelebihan dan kebaikan GLA Complex Shaklee


Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :


Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja





















Wednesday, 1 April 2015

Anemia ~ Bahaya pada ibu hamil



Anemia merujuk kepada kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu.

Anemia yang teruk boleh membawa maut!

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda-tanda kekurangan zat besi

- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan

Rawatan dan cara mengatasi
Boleh dapatkan makanan tambahan semulajadi Shaklee untuk mengatasi kekurangan zat.



1-VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel


2.SUSTAINED RELEASE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

3.B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Anemia bukan penyakit, tetapi ia boleh menjejaskan kecekapan fungsi badan.Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Paling penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan kaya zat besi bagi mencegah animea berlaku. Insyaallah.





Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja



widgets