Sunday, 5 April 2015

Susu berkualiti dan penyusuan

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. 
Faedah dan kelebihan penyusuan badan oleh ibu:
  • Ia cara yang istimewa bagi anda untuk rapat dan mesra dengannya
  • Memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 
  • Membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga. 
  • Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. 
  • Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya. 
  • Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar. 
  • Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis. 
  • Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda.


Penyusuan berkualiti
“Apakah produk untuk tambah susu badan? susu saya sikitlaa… baby tak kenyang, asyik nangis jer. Bila bagi susu, baby minum tergopoh gapah, breast saya pun ringan jer, kempis dan sampai sakit puting saya sebab baby duk ngempeng je!”
“Ada tak produk tambah susu badan?”

Inilah soalan yang sering ibu-ibu ajukan kepada saya.

Wahai ibu-ibu, sebenarnya TIDAK ada produk atau ubat yang boleh memperbanyakkan susu badan!
Konsep asas dalam menjayakan penyusuan ialah DEMAND AND SUPPLY!

Jangan mengharap dengan hanya makan milk booster susu akan melimpah ruah tanpa mengepam dengan konsisten. Sungguh salah sekali tanggapan itu. Makanlah milk booster terbaik di dunia ini sekali pun tapi ibu-ibu hanya pam sekali sahaja di opis memang tak kan ada hasilnya. Ini bermakna ibu-ibu tidak faham konsep asas penyusuan dan ibu-ibu tidak ada ilmu penyusuan sebenarnya.


Konsep penyusuan sebenar
  1. Supply berkadar langsung dengan demand. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan
  2. Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu
  3. Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)
  4. Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal2 menyusukan bayi/pam dengan kerap
  5. Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan
Kesilapan dalam penyusuan

Menunggu payu dara penuh.
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

Kerap stress
Kebanyakan ibu menyusu akan berasa cepat letih, tidak terurus, stress & macam-macam lagi yang menyumbang kepada amalan kehidupan yg tidak sihat & menjurus kepada penghasilan susu yg kurang seperti tidak menjaga makan, jadual makan yg tidak teratur. & makan ikut sedap sahaja.Ibu pula tak cukup rehat kerana menjaga bayi kecil semestinya tidak mempunyai banyak masa untuk berehat. 

Oleh sebab itulah disarankan ibu-ibu yang menyusu untuk mengambil set penyusuan shaklee untuk meyokong kesihatan ibu secara menyeluruh untuk berjuang dalam melaksanakan penyusuan yang berkualiti. Set penyusuan shaklee mengandungi 3 VITAMIN & MINERAL ASAS & 1 MILK BOOSTER untuk khasiat sepenuhnye buat ibu


ESP
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Memekatkan susu ibu
  • Sebagai milk booster
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.

Vitalea
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu badan menyerap vitamin dengan mudah
Ostematrix
  • Membekal kalsium yang hilang dalam badan ibu akibat penghasilan susu
Bcomplex
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk menampung nutrien dalam badan
Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-oksidan
  • Meningkatkan sistem imunisasi ibu
Alfafa
  • Raja segala tumbuhan
  • Membantu menyahtoksin dalam badan
  • Penggalak susu


Testimoni set menyusu shaklee








Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja




No comments:

Post a Comment


widgets