Friday, 20 February 2015

Kebaikan omega guard

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.
sumber asli omega 3

Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplemen. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Hakikatnya seolah-olah tiada fungsinya kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain sekiranya enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik




Manfaat Omega Guard

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3. Mencegah salur darah dari tersumbat

4. Omega 3 dapat mengelakkan strok

5. Mengekalkan tekanan normal darah 



6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7. Mengurangkan sakit kepala

8. Merendahkan kolestrol 

9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 




13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin 

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu kanak-kanak asma


20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik

23. Memelihara fungsi-fungsi sendi

24. Mencegah penyakit gout

Siapa Perlukan Omega Guard?

Jika anda seorang yang sedang hamil, menyusu, ingin mendapat berat badan ideal, perut buncit, anak-anak yang selalu jer sakit, anda mesti mencuba Omega Guard ini.

Anak-anak yang mengalami imun rendah seperti selalu demam, batuk, lelah dan selsema juga sangat disyorkan mengamalkan Omega Guard. Dosnya adalah seperti berikut:

             umur 1 – 3 tahun : 1 biji seminggu sekali.

             umur 4 tahun ke atas : 1 biji 3 x seminggu



Cara untuk bagi makan Omega Guard pada kanak-kanak yang tidak pandai menelan ialah:

  • Tebuk sofgel Omega Guard dengan jarum atau gunting hujungnya dengan gunting. Kemudian picitkan di atas sudu atau terus picitkan ke dalam mulut anak
  • Picitkan Omega Guard menggunakan cara yang sama seperti di atas, tetapi masukkan ke dalam susu anak
  • Boleh bagi anak-anak gigit jer Omega Guard

Untuk tumbesaran minda juga pengambilan Omega Guard ini amat disyorkan.

Sekarang, mari kita lihat testimoni mereka yang telah mengamalkan Omega Guard ini:





Tunggu apa lagi? Rebutlah peluang sekarang!
Berminat Menjadi Pengedar?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelosok negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!
DAN JUGA
Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.












Thursday, 19 February 2015

Bekerja dari rumah jana pendapatan untuk keluarga

Rata-rata mereka yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak mesti teringin nak bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama jana pendapatan, mesti seronok dapat layan kerenah anak-anak, menguruskan kerja-kerja rumah, menghantar dan mengambil anak sekolah tanpa perlu bantuan daripada pembantu rumah tapi masih ada "income" atau duit dan dalam masa yang sama dapat membantu suami menguruskan ekonomi rumahtangga.





Mahukan income 4 hingga 5 angka sebulan dengan modal minimum, strategi yang berkesan serta akses mentor secara PERCUMA?

Jika YA, anda wajib sertai kami.

Wanita kini lebih cenderung memilih menjalankan perniagaan dari rumah berbanding dari keluar bekerja. Ini kerana mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak serta mencari pendapatan lebih bagi membantu suami. DEngan erti kata lain, ingin memiliki kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

Shaklee dan anda

Shaklee memberi peluang untuk hidup yang ceria. Sama ada anda sukakan produk nutrisi, rangkaian penjagaan wajah, pencuci tanpa toksik, air yang bersih atau peluang pekerjaan yang menarik- lengkap dengan percutian hebat, wang tunai dan hadiah. Jika anda mahu lebih info, hubungi saya tanpa segan silu.

Lihat soalan dibawah, saya boleh bantu anda mendapatkan peluang emas bersama Shaklee.

1. Apakah anda berpuas hati dengan gaji bulanan sekarang?

2. Apa pekerjaan anda sekarang?

3. Apakah tambahan RM500 atau RM2000 atau lebih setiap bulan memberi makna kepada anda?

4. Berapa jam dalam seminggu anda boleh fokus kepada perniagaan sampingan?

5. Apa anda mahu daripada pekerjaan anda?

Tiada gimik dengan Shaklee. Kami adalah orang sebenar yang hidup di dunia sebenar. Tanpa dongengan atau omongan kosong.

Kami tinggal di dunia yang memerlukan lebih ramai yang ambil kisah tentang PERUBAHAN dalam komuniti, keluarga dan diri sendiri.

Kelebihan Mendaftar Di Bawah Empayar Kami

Banyak manfaat yang mahu dikongsi buat anda semua. Antaranya adalah: 
  • Bimbingan/coaching adalah PERCUMA dan ianya 100% secara online. 
  • Kami mempunyai group support yang juga berjalan secara online, dan boleh berkongsi maklumat dengan ramai lagi rakan-rakan lain di bawah empayar ini. 
  • Tidak perlukan modal untuk membeli stok. Stok tidak perlu disimpan di rumah. Jika ada pelanggan yang mahu membeli produk, hanya buat belian secara online dan shaklee akan terus poskan pada alamat pelanggan. 
  • Tidak perlu keluar rumah untuk membuat jualan. 
  • Tidak perlu menghadiri kelas, seminar secara berkala. Jika berminat untuk ke kelas iainya adalah kelas yang bermanfaat dianjurkan oleh shaklee Malaysia seperti kelas nutrisi untuk belajar tentang produk. 
  • Bisnes yang sangat mesra keluarga. Anda boleh berbisnes sambil menjaga anak-anak, dan juga masih boleh meneruskan bisnes walau anda masih bekerja pejabat. 
  • Masa yang fleksibel, hanya peruntukkan masa 2-3 jam sehari untuk belajar dan mantapkan skill yang akan akan belajar dalam group. 

Orang kata jika tak mulakan langkah pertama bagaimana nak tau potensi diri. Usah terpengaruh dengan bisikan yang mengatakan tak boleh sebelum cuba. Adakah kita boleh meramal masa depan? Semua orang ingin berjaya namun tidak semua orang mampu mengatur langkah pertama.

Mulakan langkah pertama anda dengan menghubungi saya sekarang 

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Like fanpages Sihat & Menawan 















Wednesday, 18 February 2015

Sembelit punca penyakit

Pernah tak anda meneran sehingga muka kemerahan atau menggetap gigi manakala kaki menekan ke lantai sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Ini bermakna anda mengalami sembelit yang kronik. 



Sembelit berlaku apabila anda susah buang air besar kerana sebab-sebab tertentu seperti kurang minum air, kurang fibre, mengabaikan perasaan hendak berak dan sebagainya.

Sembelit juga ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul-ketul dan kering.

Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.


Gejala-gejala sembelit

1. Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar
2. Meneran semasa membuang air besar
3. Sakit semasa pergerakan usus
4. Kekejangan di bahagian abdomen

Panduan elak sembelit 

  • Jaga diet. Banyakkan mengambil makanan berserat macam buah-buahan dan sayuran serta bijirin. (Boleh semak piramid makanan)
  • Minum air yg mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Cara paling mudah untuk kita mengesan sama ada cukup atau tidak air yang kita minum adalah kita boleh lihat pada warna air kencing. Kalau kuning pekat maka harus minum lebih banyak air. 
  • Ubah gaya hidup. Kalau kurang bersenam, maka bersenamlah. Senaman dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap metabolisme dan memudahkan kita untuk membuang najis. 
  • Wujudkan tandas yang selesa. Sesetengah orang suka menahan niat untuk membuang air besar disebabkan keadaan tandas yang kotor dan tak dijaga dengan baik. Sebab itulah kena pastikan tandas bersih. 


  • Dapatkan nasihat doktor kalau hendak menggunakan ubat pelawas. Sebenarnya kalau terlampau bergantung dengan pelawas ni tak elok kerana lama-kelamaan  otak kita takkan dapat signal untuk membuang secara semulajadi. 
  • Pelembut najis. Jalani pemeriksaan doktor. Sebab dalam keadaan tertentu ubat perangsang pembuangan najis akan diberikan kepada pesakit.  

Alternatif lain ada tak?

Alternatif lain anda boleh mencuba mengambil Herblax. Ramai orang telah mencubanya dan ternyata berkesan kerana ia membantu mengelak dan merawat sembelit.

Kebaikan herblax Shaklee :
  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut
Saya paparkan testimoni pengguna herblax yang ternyata berpuas hati


Herblax sangat membantu. Kepada yang menghadapi sembelit, jangan segan dan jangan malu. Cubalah herblax harini kerana jaminan kualiti dan harga sangat berpatutan dan berbaloi.

Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Email : amirah.aryana@gmail.com
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.





Punca-punca migrain

Penyakit migrain adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang terkena serangan migrain sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang-kala mereka merasa loya dan muntah-muntah. Mereka juga boleh mengetahui mereka terkena migraine jika mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.



Kenali Pencetus Migrain

Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;
  1. Tekanan
  2. Gangguan tidur atau tidur berlebihan
  3. Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
  4. Bau yang menusuk
  5. Merokok
  6. Alkohol
  7. Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
  8. Kafein
  9. Cahaya terlalu terang
Bagaimana Migrain Terjadi?

Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit atau ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplemen semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah sakit migrain.


B complex 
Mengurangkan kesakitan akibat migrain. Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress, strok dan depresi. Ia juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi"

Ostematrix
Dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala, membantu sistem saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering dihadapi oleh penghidap migrain. Juga membantu kita untuk tidur lebih lena.

Pilihlah supplemen yang sihat dan selamat berbanding ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Apa yang penting, amalkan pemakanan sihat , hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa mendekati tuhan apabila dilanda sebarang dugaan.

Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.







Tuesday, 17 February 2015

Pentingkah Supplemen?

Bila berbicara tentang suplemen tambahan, selalunya ramai yang akan persoalkan sama ada perlukah kita mengambil suplemen? Pentingkah suplemen kepada kita?

“Saya masih muda dan sihat, rasanya tak perlu ambil suplemen kot”
“Mahal lah suplemen, tak ada bajet”
“Tunggula..tengok dah tua nanti la baru ambil supplemen”

Pernah dengar tak ayat macam ni?

Bagaimana pula jika kita sakit dan perlu dimasukkan ke wad? Adakah bajet untuk ke hospital itu lebih murah dari mengambil suplemen? Bukankah mencegah lebih baik dari merawat? Sesungguhnya tubuh badan yang sihat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita. 

Suplemen penting untuk menampung kekurangan di dalam makanan, membantu membina pertahanan tubuh dan membantu dalam keadaan-keadaan tertentu. 

Apabila kita kekurangan nutrisi maka timbullah pelbagai sakit. Bukan sahaja kekurangan nutrisi, tapi sebab faktor pencemaran, radikal bebas menyebabkan sel badan kita cepat rosak dan mendedahkan kita kepada penyakit.




Definisi supplemen

Supplemen tambahan, juga dikenali sebagai supplemen makanan atau supplemen gizi, merupakan persiapan yang dimaksudkan untuk melengkapi diet dan memberikan nutrisi, seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino,yang mungkin hilang atau tidak boleh digunakan dalam jumlah yang cukup dalam diet seseorang. Beberapa negara mendefinisikan suplemen makanan sebagai makanan,sementara da nada juga menakrifkan sebagai ubat atau produk kesihatan semulajadi. 

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, supplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
  • Menjaga kesihatan jantung. 
  • Meningkatkan tahap tenaga 
  • Meningkatkan sistem imun tubuh 
  • Menguatkan tulang 
  • Kesihatan mata dan penglihatan 
  • Menjaga kualiti kulit sihat 

Jadi, pentingkah suplemen tambahan ini kepada kita? 


Kenapa kita perlu mengambil suplemen?

Gaya hidup kita pada masa kini yang sentiasa sibuk  
Bagi golongan yang sibuk bekerja, mereka tiada masa untuk bersenam dan beriadah. Golongan ini juga jarang memasak sendiri makanan di rumah dan cenderung untuk memakan makanan segera yang tinggi kandungan MSG dan mengabaikan nutrisi makanan yang diambil.



Zat dan nutrien makanan mudah hilang 
Cara penyediaan makanan kita turut berkait rapat dengan kandungan nutrien dalam makanan itu. Proses pengangkutan bahan makanan yang mengambil masa yang lama juga boleh menghilangkan zat dan nutrien makanan tersebut. Cara penyimpanan yang tidak betul turut menyumbang kepada masalah yang sama. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah termusnah oleh haba semasa dimasak.

Pencemaran alam sekitar
Kita selalu terdedah dengan pelbagai penyakit. Oleh itu, supplemen tambahan amat penting dalam mencegah dan melindungi tubuh badan kita agar tidak mudah diserang penyakit.

Makanan tercemar 
Buah-buahan serta sayuran yang kita makan mungkin terjejas atau tercemar dengan tanah yang tidak subur. Ia mungkin mengandungi mineral yang tidak mencukupi untuk kita. Racun perosak dan racun serangga juga mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.



Kurang dos vitamin 
Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari nutrisi yang kita perolehi daripada makanan untuk kekal sihat dan untuk sistem badan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan antipenuaan.

Sekatan penyerapan vitamin pada tubuh
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif ,ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,kolesterol,gula dan garam boleh mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

Tekanan kerja
Komitmen kerja, rutin harian, keluarga dan sebagainya pastinya akan membuat hidup kita tertekan sepanjang masa. Semua tekanan ini secara tidak langsung akan melemahkan sistem imun badan kita dan kita akan mudah terdedah kepada penyakit. 


Penuaan
Setiap dari kita pastinya akan mengalami penuaan. Cuma bagaimana cara kita untuk menghadapinya? Ingin mengalami penuaan secara sihat atau sebaliknya? Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin kurang enzim yang dihasilkan, termasuk enzim yg diperlukan untuk mencerna makanan yang kita ambil. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan pada perut yang selalu diperkatakan iaitu reflux, sembelit yang teruk, sakit perut dan pedih ulu hati.


Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Melabur untuk suplemen adalah bukannya satu pembaziran. Supplemen menjadi murah apabila kita sakit. Renung-renungkan





Monday, 16 February 2015

Herbal Blend - 1001 kegunaan


Herbal Blend dari Shaklee dengan harga yang sangat murah iaitu hanya RM27.50 sahaja utk satu tiub merupakan krim yang semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet dan selamat digunakan semua golongan termasuk bayi.

Apa kelebihan Herbal Blend Multi-Purpose Cream ni?
Telah diuji secara klinikal dan berkesan melembutkan kulit yang kasar, pecah tumit, pecah-pecah di bahagian pelipat seperti lutut, siku dan leher.
Rasanya yang dingin dan bermentol tetapi tidak berminyak
Dirumus khas daripada herba semulajadi dan memberi kesan menenangkan
Tanpa steroid
Dijamin halal
Mendapat kelulusan KKM

Apakah kegunaan Herbal Blend Multi-Purpose Cream ni?
1. Gigitan nyamuk atau serangga
2. Luka kecil
3. Terkena minyak panas
4. Terkena air panas
5. Gatal-gatal
6. Alergik
7. Eczema
8. Kulit kasar dan bersisik
9. Psoriasis
10. Tumit merekah
11. Siku, lutut, buku lali, tumit kasar
12. Ruam lampin
13. Ruam panas
14. Ruam susu
15. Parut lama
16. Parut campak
17. Parut chickenpox
18. Melegakan dan memberi keselesaan semasa demam
19. Losyen harian
20. Kulit melecet
21. Kulit kering akibat penghawa dingin

Apakah rumusan yang digunakan?
Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu

  • Sage
  • Horse chestnut
  • Rosemary
  • Yarrow

Keistimewaan krim ini ialah ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang penting tiada bahan kimia! Haruslah kita sedari, krim dan losyen kebanyakannya mengandungi bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.


Tak lengkap kalau takde testimoni kan?
Ada beberapa testimoni boleh lihat di bawah :




Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian serta harga istimewa hubungi saya sekarang :

Call/sms/whatsapps : 017-4517275
Add FB saya AMni AMirah untuk chatting dengan saya
Klik like fanpage saya Sihat & Menawan untuk dapatkan update tentang produk shaklee.
COD area: Bandar Saujana Putra/Putra Heights/USJ
Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja.




Saturday, 14 February 2015

Tips atasi keletihan ketika hamil

Setiap pasangan yang baru berkahwin mesti mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan dan mahligai yang dibina bersama cinta sejati kan. Apabila mendapat berita gembira yang anda sedang hamil, tentu ada banyak perkara yang anda ingin tahu. Daripada ujian kehamilan kepada pemeriksaan pranatal, daripada mengidam kepada mimpi-mimpi aneh, anda akan mengharungi perjalanan yang menyeronokkan ini. 




Namun begitu, keletihan semasa hamil memang tidak dapat di elakkan. Lebih-lebih lagi mabuk diawal kehamilan dan kerap muntah-muntah. Tempoh 12 minggu atau Trimester Pertama biasanya merupakan minggu terburuk bagi ibu hamil. Tiada ubat untuk mengelak simptom keletihan ini walaupun tidur sepanjang hari. Ketahuilah keletihan semasa hamil adalah proses normal bagi ibu yang mengandung kerana tanda janin anda sihat. Keadaan ini disebabkan badan sedang menukar hormon sedia ada kepada hormon kehamilan. 

Anda mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya. Apabila anda sukar menumpukan perhatian, akhirnya anda mendapati diri hilang kesabaran dan perasaan geram sebaliknya pula bertambah. Apa yang dirasai ini sebenarnya hanyalah kemalasan atau kurangnya motivasi untuk melakukan apa yang ingin dikecapi. 





Perompak tenaga atau motivasi kita ada di mana-mana sahaja. Berita baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.

1. Pengambilan magnesium
Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.




Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.

Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.

2. Berjalan
Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Sebenarnya berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.



3. Tidur sebentar
Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.

4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.

5. Kemarahan dan tekanan
Salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.




Istilah tekanan merangkumi stress, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya. 
Gejala ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita.

Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.

Rancangkan aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan. Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.



6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol
Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan? 
Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. 

7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula
Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.

Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.

8. Snek
Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.






widgets