Setiap pasangan yang baru berkahwin mesti mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan dan mahligai yang dibina bersama cinta sejati kan. Apabila mendapat berita gembira yang anda sedang hamil, tentu ada banyak perkara yang anda ingin tahu. Daripada ujian kehamilan kepada pemeriksaan pranatal, daripada mengidam kepada mimpi-mimpi aneh, anda akan mengharungi perjalanan yang menyeronokkan ini.
Namun begitu, keletihan semasa hamil memang tidak dapat di elakkan. Lebih-lebih lagi mabuk diawal kehamilan dan kerap muntah-muntah. Tempoh 12 minggu atau Trimester Pertama biasanya merupakan minggu terburuk bagi ibu hamil. Tiada ubat untuk mengelak simptom keletihan ini walaupun tidur sepanjang hari. Ketahuilah keletihan semasa hamil adalah proses normal bagi ibu yang mengandung kerana tanda janin anda sihat. Keadaan ini disebabkan badan sedang menukar hormon sedia ada kepada hormon kehamilan.
Anda mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya. Apabila anda sukar menumpukan perhatian, akhirnya anda mendapati diri hilang kesabaran dan perasaan geram sebaliknya pula bertambah. Apa yang dirasai ini sebenarnya hanyalah kemalasan atau kurangnya motivasi untuk melakukan apa yang ingin dikecapi.
Perompak tenaga atau motivasi kita ada di mana-mana sahaja. Berita baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.
1. Pengambilan magnesium
Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.
Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.
2. Berjalan
Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Sebenarnya berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.
3. Tidur sebentar
Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.
4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.
5. Kemarahan dan tekanan
Salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.
Istilah tekanan merangkumi stress, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya.
Gejala ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita.
Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.
Rancangkan aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan. Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.
6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol
Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?
Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat.
7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula
Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.
Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.
8. Snek
Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.










No comments:
Post a Comment