Bila berbicara tentang suplemen tambahan, selalunya ramai yang akan persoalkan sama ada perlukah kita mengambil suplemen? Pentingkah suplemen kepada kita?
“Saya masih muda dan sihat, rasanya tak perlu ambil suplemen kot”“Mahal lah suplemen, tak ada bajet”“Tunggula..tengok dah tua nanti la baru ambil supplemen”
Pernah dengar tak ayat macam ni?
Bagaimana pula jika kita sakit dan perlu dimasukkan ke wad? Adakah bajet untuk ke hospital itu lebih murah dari mengambil suplemen? Bukankah mencegah lebih baik dari merawat? Sesungguhnya tubuh badan yang sihat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita.
Suplemen penting untuk menampung kekurangan di dalam makanan, membantu membina pertahanan tubuh dan membantu dalam keadaan-keadaan tertentu.
Apabila kita kekurangan nutrisi maka timbullah pelbagai sakit. Bukan sahaja kekurangan nutrisi, tapi sebab faktor pencemaran, radikal bebas menyebabkan sel badan kita cepat rosak dan mendedahkan kita kepada penyakit.
Definisi supplemen
Supplemen tambahan, juga dikenali sebagai supplemen makanan atau supplemen gizi, merupakan persiapan yang dimaksudkan untuk melengkapi diet dan memberikan nutrisi, seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino,yang mungkin hilang atau tidak boleh digunakan dalam jumlah yang cukup dalam diet seseorang. Beberapa negara mendefinisikan suplemen makanan sebagai makanan,sementara da nada juga menakrifkan sebagai ubat atau produk kesihatan semulajadi.
Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, supplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
- Menjaga kesihatan jantung.
- Meningkatkan tahap tenaga
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Menguatkan tulang
- Kesihatan mata dan penglihatan
- Menjaga kualiti kulit sihat
Jadi, pentingkah suplemen tambahan ini kepada kita?
Kenapa kita perlu mengambil suplemen?
Gaya hidup kita pada masa kini yang sentiasa sibuk
Bagi golongan yang sibuk bekerja, mereka tiada masa untuk bersenam dan beriadah. Golongan ini juga jarang memasak sendiri makanan di rumah dan cenderung untuk memakan makanan segera yang tinggi kandungan MSG dan mengabaikan nutrisi makanan yang diambil.
Zat dan nutrien makanan mudah hilang
Cara penyediaan makanan kita turut berkait rapat dengan kandungan nutrien dalam makanan itu. Proses pengangkutan bahan makanan yang mengambil masa yang lama juga boleh menghilangkan zat dan nutrien makanan tersebut. Cara penyimpanan yang tidak betul turut menyumbang kepada masalah yang sama. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah termusnah oleh haba semasa dimasak.
Pencemaran alam sekitar
Kita selalu terdedah dengan pelbagai penyakit. Oleh itu, supplemen tambahan amat penting dalam mencegah dan melindungi tubuh badan kita agar tidak mudah diserang penyakit.
Makanan tercemar
Buah-buahan serta sayuran yang kita makan mungkin terjejas atau tercemar dengan tanah yang tidak subur. Ia mungkin mengandungi mineral yang tidak mencukupi untuk kita. Racun perosak dan racun serangga juga mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
Kurang dos vitamin
Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari nutrisi yang kita perolehi daripada makanan untuk kekal sihat dan untuk sistem badan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan antipenuaan.
Sekatan penyerapan vitamin pada tubuh
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif ,ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,kolesterol,gula dan garam boleh mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
Tekanan kerja
Komitmen kerja, rutin harian, keluarga dan sebagainya pastinya akan membuat hidup kita tertekan sepanjang masa. Semua tekanan ini secara tidak langsung akan melemahkan sistem imun badan kita dan kita akan mudah terdedah kepada penyakit.
Penuaan
Setiap dari kita pastinya akan mengalami penuaan. Cuma bagaimana cara kita untuk menghadapinya? Ingin mengalami penuaan secara sihat atau sebaliknya? Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin kurang enzim yang dihasilkan, termasuk enzim yg diperlukan untuk mencerna makanan yang kita ambil. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan pada perut yang selalu diperkatakan iaitu reflux, sembelit yang teruk, sakit perut dan pedih ulu hati.
Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Melabur untuk suplemen adalah bukannya satu pembaziran. Supplemen menjadi murah apabila kita sakit. Renung-renungkan








No comments:
Post a Comment